Hampir 20 Tahun Hilang, Kucing Phoebe Habiskan ‘Hari Terakhir’ Bersama Tuannya


Duniahewan.net - Seekor kucing yang hilang selama dua dekad dapat menghabiskan akhir hayatnya dengan pemilik asal sebelum mati kerana sakit teruk.

Kucing peliharaan yang bernama Feline Phoebe itu telah ditemui oleh seorang wanita di sebuah ladang di Bridgemere Cheshire pada 5 Mac yang lalu dalam keadaan bersendirian. Dia kemudiannya dibawa ke Pusat Haiwan Stapeley Grange RSPCA.

Kakitangan di pusat itu mendapati bahawa Phoebe mempunyai cip mikro dan terkejut apabila kucing itu adalah dari pusat tersebut sebelum diserahkan kepada pemilik baru ketika masih kecil.

Ketika diperiksa, doktor mengesahkan Phoebe menderita tumor otak dan jalan terbaik adalah Phoebe dimatikan (put to sleep) agar kucing itu dapat pergi dengan tenang.

Walaupun menghidap sakit parah, dia tetap berjaya kembali ke rumah pemiliknya Christine Ball. Christine merasa syukur kerana dapat menjumpai Phoebe semula dan bersama hingga akhir hayatnya.

Feline Phoebe dikatakan telah hilang pada tahun 2001 ketika dia berusia dua tahun.

Selain itu, Lee Stewart pengurus di Stapeley Grange Animal Centre berkata “Kami telah bertemu semula kucing yang telah hilang selama beberapa tahun tetapi saya tidak pernah menemui kucing yang hilang dari rumah selama 20 tahun.”

“Doktor haiwan mengatakan bahawa dia tidak akan bertahan selama 20 tahun kerana sesat melainkan ada seseorang yang menjaganya sebagai haiwan kesayangan mereka” kata Christine Ball.

Dia menambah bahawa dia telah berusaha mencari Phoebe dan menampal poster di sekitar kawasan setempat.

Sumber : BBC News

Comments

Popular posts from this blog

Pria Mengadopsi 3 Anak Kucing Liar dan Terkejut Ketika Menemukan Bahwa Salah Satu Dari Mereka Adalah Kucing Langka

Anjing Ditinggalkan oleh Pemiliknya, Menyeret Barang Bawaannya dan Sebuah Catatan, Tulisan dalam Catatan Itu Membuat Netizen Segera Mengadopsinya

Anjing Corgi Ini Membuat Pemiliknya Ketakutan Saat Menemukan Dirinya di Dapur, Alhasil membuat netiZen ngakak